Oh! Rupanya Cinta itu Bunga- Solidarity Festival

‘Oh! Rupanya Cinta itu Bunga’, adalah sebuah idea tentang keterlibatan Seni, Aktivismedan kolektivisme khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Berdasarkan keterlibatan ini,sejak dari tahun 1998 sehingga kini, secara personal mahupun berkolektif, berkeseniantelah memberi kesan yang besar terutamanya dalam perkembangan Politik, Sosial,pendidikan dan sebagainya di Malaysia.

Bermula tahun 2004, berterusan giat berkolektif di sekitar Shah Alam. Kami merupakansekumpulan pelajar dan seniman bergerak atas nama ‘Komuniti Jalan Kempas’ di ruangan studio Jalan Kempas, Seskyen 3 yang aktif sejak tahun 2000 sebagai ruang latihan muzik,berkumpul dan bekarya bersama. “Salah satu fokus utama komuniti ini adalah memerhati dan mempelajari bagaimana sesebuah organisasi berfungsi, Jadi komuniti cuba membentuk cara berorganisasi yang baru dimana, setiap kerja dilakukan bersama, tanpa
ada hieraki dalam organisasi dan keputusan yang diambil melalui konsensus. Pemilihan nama ‘komuniti’ juga cuba menunjukkan yang ia bergerak secara komuniti dan terbuka, dimana setiap orang akan dikira sebagai ahli komuniti jika mereka aktif bersama membina aktiviti (open group).” KJK 2004

Pelbagai aktiviti dan acara telah di laksanakan sepanjang 2004-2006, terutamanyaketerlibatan Seni Aktivisme dalam merespon dan menyentuh isu semasa. Musik dan Mural antara platform utama kami dalam berkegiatan dan juga sebagai medium penyampaian yang berkesan dalam usaha menggabungkan kumpulan dan individu lain supaya bergerak aktif dan bersuara dalam membangunkan serta memasyarakatkan kesenian.

“Ini adalah satu reaksi terhadap permasalahan dan kekurangan yang dirasakan berlaku dalam amalan seni lokal. Secara khususnya, komuniti ini cuba menginjak satu pendapat dengan pembentukan ruang alternatif (konsep ruang bukan fizikal) yang cuba mengorganisasikan dan membentuk acara dalam ruang seni yang secara semulajadinya tidak mendiskriminasi. Ia juga merupakan satu reaksi terhadap ruang setempat yang tidak proaktif dengan aktiviti seni walaupun ia begitu berpotensi atas faktor-faktor tertentu.Komuniti ini cuba menjadi penggerak ataupun pencetus idea dan digerakkan bersama-sama dengan komuniti lain yang berkongsi idea yang sama atas dasar perkembangan seni, kesedaran, dan perubahan positif.” KJK 2004

Lanjutan dari kesedaran itu, dalam penciptaan ruang alternatif, bergerak secara indipenden dan bebas berkesenian telah tercetus dalam memberi gerakan terhadap perkembangan seni setempat. Dengan semangat aktivisme, berkolektif memberi nilai yang interpersonal dalam berinteraksi, berkreativiti dan beraksi bersama setelah hampir 20 tahun, seiring dengan Pergerakan Reformasi di Malaysia

Date
03 – 18 March 2018

Time
1.00pm- 6:00pm

Venue
Lostgens’ Contemporary Art Space